JOPLIN, Missouri 24 Mei - Pasukan mencari dan menyelamat terus bertungkus-lumus mencari mangsa terselamat setelah puting beliung melanda pekan Missouri yang setakat ini mengorbankan 116 orang.
Seorang penduduk, Roger Dedick berkata, rumahnya berusia 17 tahun ranap sama sekali selepas dalam kejadian itu dan merupakan puting beliung paling ganas dalam enam dekad pernah melanda pekan itu.Dia terpaksa menggunakan besi bagi mencungkil sisa runtuhan untuk membolehkannya keluar dari rumah yang ranap.
Seorang lagi penduduk Carolyn Hall dan anaknya berusia belasan tahun tidak dapat menahan sebak semasa mencari sisa pakaian yang masih tertinggal di rumah mereka yang turut musnah dalam bencana itu.
Lebih 2,000 bangunan rosak atau musnah dalam kejadian itu menyaksikan puting beliau dengan kelajuan kira-kira 320 kilometer sejam menghancurkan sebahagian besar bandar berkenaan Ahad lalu. - AFP
No comments:
Post a Comment