Wednesday, June 29, 2011

Aishwarya ‘cuti’ berlakon demi kandungan

MUMBAI: Bintang Bollywood dan bekas Ratu Dunia, Aishwarya Rai, menggantung seketika semua aktiviti perfilemannya kerana hamil, kata penerbitnya semalam.

Kenyataan syarikat produksi UTV Motion Pictures menegaskan, ketika ini tiada yang lebih penting daripada kesihatan Aishwarya.


“Dalam konteks ini, kami mencapai persetujuan langkah terbaik ialah berhenti menjalani penggambaran untuk sementara berbanding meneruskan jadual ketat selama beberapa bulan akan datang,” kata kenyataan itu.

Berita kehamilan Aishwarya, 37, diumum bapa mentuanya, Amitabh Bachan, minggu lalu melalui Twitter dan blognya.


Aishwarya memenangi gelaran Ratu Dunia pada 1994 dan berkahwin dengan Abhishek, 35, pada 2007.


Ketika ini Aishwarya menyiapkan filem berjudul Heroine terbitan UTV Motion Pictures. Media India baru-baru ini meramalkan watak utama dibawa Aishwarya dalam Heroine mungkin digantikan dengan aktres lain. - AFPmyMetro | Aishwarya ‘cuti’ berlakon demi kandungan

No comments:

Post a Comment