Wednesday, June 29, 2011

Israel anggap kempen berjaya kecilkan flotila

JERUSALEM: Menteri Luar Israel, Avigdor Leiberman berkata semalam, usaha diplomatik dan politik untuk mengurang jumlah kapal misi kemanusiaan ke Gaza sebagai berjaya.

Bercakap di radio menerusi telefon dari Zagreb, menteri rejim Zionis itu berkata, hanya 10 kapal akan belayar dari Greece untuk menyertai misi berkenaan hujung minggu ini.


“Duta dan diplomat kami mengadakan beratus-ratus perbincangan dan akhirnya, jumlah kapal dan penumpang adalah kurang daripada yang dijangka,” kata Lieberman.

Penganjur misi itu sebelum ini berkata, 15 kapal akan turut serta dalam konvoi berkenaan dalam usaha memecahkan kepungan lima tahun Israel terhadap Semenanjung Gaza. - AFPmyMetro | Israel anggap kempen berjaya kecilkan flotila

No comments:

Post a Comment