KUALA LUMPUR: “Biarpun gagal menjadi suami yang baik, saya berjanji untuk menjadi ayah yang bertanggungjawab,” kata pengacara dan pelakon, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31, yang ceria selepas kelahiran anak sulungnya, Jumaat lalu.
Menurut Jimmy, hidupnya kini lebih bermakna dengan kelahiran permata sulungnya itu, Zahrah Shanley, di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh kira-kira jam 6 petang.
“Saya sangat gembira dengan kelahiran bayi pertama ini dan berjanji mahu memberikan fokus yang lebih pada anak sulung ini supaya dia menjadi manusia berguna.
“Biarpun saya tidak pernah memegang perut isteri, Norsuhaila Ilyani Suhaimy, 25 sepanjang sembilan bulan dia mengandung, luka lama yang terpendam terubat kembali sejurus memegang anak kandung saya,” katanya.
Kata Jimmy, dia sudah mendaftarkan anaknya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, semalam dan kini akan tinggal bersama mentuanya di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh untuk menjaga anak dan isterinya yang berpantang.
“Saya tidak tahu sama ada isteri membenarkan saya menjaganya selama dia berpantang...Bagaimanapun, saya terima jika dia tidak mahu saya menjaganya kerana yang utama harus bersama anak kandung saya,” katanya.
Menurut Jimmy, dia gembira didatangi rakan dan sanak saudaranya ke PMC untuk menziarahi isteri dan menatap wajah anaknya.
“Saya akui saya memang menangis sewaktu kali pertama memegang Zahrah kerana begitu rindukan dia sewaktu di dalam kandungan ibunya.
No comments:
Post a Comment