Wednesday, June 29, 2011

Klip video libatkan Datuk Johari pula muncul

KUALA LUMPUR: Satu klip video baru muncul di Internet semalam yang menyerang kredibiliti Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkaitan rakaman video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wakil rakyat itu didakwa meminta 'ganjaran' RM1 juta ($408,575) daripada trio 'Datuk T', beberapa hari selepas beliau mempertahankan Datuk Seri Anwar bukan pelaku dalam rakaman video seks didedahkan Mac lalu.

Trio 'Datuk T' iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; dan mantan bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim.

Sebelum ini, Datuk Johari telah mendedahkan beliau menonton video itu bersama mereka di sebuah hotel di sini.

Wakil rakyat itu berulang kali menafikan bahawa beliau bersetuju lelaki dalam video seks itu ialah Datuk Seri Anwar.

Bagaimanapun, satu video hampir dua minit yang disiarkan oleh blogger pro-Umno blogger 'Papagomo' semalam mendakwa sebaliknya.

Blog itu turut memetik Datuk Shazryl sebagai mendakwa Datuk Johari yakin Datuk Seri Anwar adalah lelaki dalam klip video itu.

Menurut Datuk Shazryl, Datuk Johari turut minta RM1 juta bagi diri beliau dan RM1 juta bagi setiap lima Ahli Parlimen yang bersedia meninggalkan PKR selepas menonton video berkenaan, lapor laman berita The Malaysian Insider.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment