SEORANG peniaga berdiri di sekitar kerancakan perang poster di Bangkok semalam menjelang pilihan raya negara itu, Ahad ini.
Menjelang undian 3 Julai yang disifatkan amat penting kepada masa depan negara Asia Tenggara itu, tidak ramai pemantau menjangka pemenang akan mampu berkuasa untuk satu penggal selama empat tahun dan berhadapan dengan pembangkang dalam Parlimen.Pilihan raya terbabit adalah pertarungan besar di antara parti pemerintah Demokrat diketuai Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva dan pembangkang, Puea Thai, yang menyokong kuat bekas perdana menteri dalam buangan, Thaksin Shinawatra.Lima tahun selepas rampasan kuasa yang menyingkirkan Thaksin dan mencetuskan krisis politik berdarah selama beberapa tahun, jutawan terbabit masih lagi menjadi tokoh yang diperdebatkan di Thailand.
Dua pergerakan politik utama dibentuk di sekeliling personalitinya: anti-Thaksin, penyokong Baju Kuning yang menyokong kelompok elit negara itu dan kumpulan kelas pekerja dan luar bandar, Baju Merah yang menjadi penyokong setia beliau.
Beberapa tahun sejak Thaksin disingkirkan daripada berkuasa menyebabkan berlakunya perhimpunan jalanan besar-besaran oleh kedua-dua pergerakan terbabit.
Tahun lalu kumpulan Baju Merah melumpuhkan Bangkok selama hampir dua bulan dengan demonstrasi yang menarik sejumlah 100,000 penduduk dan berakhir dengan satu operasi oleh tentera yang menyebabkan lebih 90 orang maut.
Kebanyakan pemantau bimbang demonstrasi jalanan akan berulang dalam masa beberapa bulan. – AFP Berita Harian Online | Perpecahan dijangka selepas pilihan raya
No comments:
Post a Comment