LUNA cadang mahu kahwin Ariel pada usia 30 tahun.
Ketika ditemui wartawan pada Malam Gala Bintang di Menteng, Jakarta Pusat semalam, Luna berkata dia berhasrat bernikah pada usia 30 tahun.“Sekarang usia saya 28 tahun dan saya tidak bercadang berkahwin sebelum usia 30 tahun. Jika lewat sedikit juga tidak menjadi masalah. Sehingga usia itu saya akan memberi tumpuan kepada kerjaya,” katanya.Luna mengaku selepas dia dibabitkan dalam kes penyebaran video lucah Ariel, kerjayanya agak pudar dan dia sedang berusaha untuk memulihkan semula imej yang pernah tercalar.
“Bagaimanapun saya tidak mahu bekerja terlalu keras seperti sebelum ini. Dulu kehidupan saya dipenuhi dengan kerja dan tiada hari yang saya tidak bekerja. Sekarang keadaan saya lebih santai dan tidak lagi ingin menjadi hamba kerja.
“Saya tidak terlalu banyak berfikir. Jika saya perlu bekerja saya akan bekerja dan jika saya rasa saya patut bercuti, saya akan bercuti,” katanya. – Agensi Berita Harian Online | Luna mengaku semakin serius dengan Ariel
No comments:
Post a Comment