KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti 99 individu menjadi mangsa penipuan sebuah persatuan kerabat diraja di negeri ini sehingga mereka dipercayai sanggup membayar antara RM20,000 hingga RM150,000 untuk mendapatkan gelaran Datuk.
Ketua Unit Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, berkata pengurniaan gelaran Datuk kepada 99 individu itu tidak sah di sisi undang-undang dan tidak boleh diguna pakai.“Kami ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya sehingga sanggup mengeluarkan wang untuk mendapat gelaran Datuk seperti berlaku kepada 99 individu yang terpedaya dengan persatuan ini.
“Difahamkan, mereka membayar RM20,000, RM50,000 dan RM150,000 untuk mendapat gelaran Datuk,” katanya, semalam.
Pada 11 Februari lalu, Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pertubuhan itu kerana menjalankan kegiatan bercanggah dengan Undang-Undang Kelantan.
Abdul Razak berkata, persatuan berkenaan mengadakan majlis istiadat pengurniaan sebanyak dua kali membabitkan 99 penerima pada 15 Disember 2009 dan Januari lalu. Berita Harian Online | 99 kena tipu gelaran Datuk
No comments:
Post a Comment