Tuesday, July 12, 2011

Hitler arah anak patung seks dibekalkan kepada tentera Nazi di Perancis

LONDON: Adolf Hitler pernah mengarahkan anak patung seks ciptaan Jerman dibekalkan kepada tentera Nazi selepas kebanyakan tenteranya menghidap penyakit kelamin.

Dokumen terbaru menunjukkan, penyakit kelamin di kalangan tentera Nazi sangat serius kerana mereka selalu berfoya-foya ketika bertugas di Paris.


Masalah itu dikatakan begitu serius sehingga mereka gagal menjalankan tugas di medang perang.

Pegawai kanan Hitler, Heinrich Himmler, pernah berkata bahaya terbesar bagi Jerman di Paris ialah penularan penyakit kelamin daripada pelacur.


“Menjadi tugas kita menghalang tentera daripada membahayakan kesihatan mereka,” katanya.


Hitler dilaporkan mengarahkan penghantaran anak patung berbentuk wanita berambut perang dan bermata biru itu untuk diedarkan kepada tenteranya.

Saiz anak patung itu sengaja direka kecil supaya muat disimpan dalam beg sandang.


Bagaimanapun, pada 1942, tentera Jerman enggan membawa bersama mereka anak patung itu kerana bimbang akan ditertawakan jika ditangkap tentera Britain. - TS

myMetro | Hitler arah anak patung seks dibekalkan kepada tentera Nazi di Perancis

No comments:

Post a Comment