Media semalam melaporkan, pembantu rumah itu dikenali sebagai Shabana dan berasal dari Hyderabad, India.
Laporan menyatakan, Shabana bekerja dengan sebuah keluarga Arab di selatan bandar Abha.
Ketika ditemui, Shabana berkata, dia melarikan diri dari majikannya kerana tidak tahan didera.
Tidak lama kemudian, katanya, dia ditangkap polis dan diserahkan semula kepada keluarga terbabit.
Shabana berkata, sejak insiden itu, dia dikurung dalam bilik, memaksanya menggunakan cadar untuk melarikan diri melalui tingkap. Ketika turun dari rumah pangsa itu, dia jatuh terlentang dan dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan. - AN
No comments:
Post a Comment