Tuesday, August 30, 2011

Ameril ikrar terus berjuang

DATU UNSAY: Pemerintah tentera pemberontak Selatan Filipina, Ameril Umbrakato berikrar untuk memusnahkan usaha damai terbaru di selatan Filipina.
Beliau memberi amaran mengenai kesediaannya untuk membunuh dan mati dalam usaha mendapatkan sebuah negara Islam merdeka di selatan Filipina yang kaya dengan sumber asli.

“Kami tidak akan menyerah. Kami akan meneruskan perjuangan untuk mendapatkan pembebasan,” kata Ameril kepada sekumpulan kecil wartawan di Kem Omar, pangkalan kumpulan yang baru ditubuhkannya, Barisam Pembebasan Islam Bangsamoro.

Ameril awal bulan ini mengumumkan dia berpecah daripada Barisan Islam Pembebasan Moro (MILF), kumpulan Islam terbesar negara itu kerana membantah rundingan damai dan menggugurkan impian untuk mendapatkan kemerdekaan.

Pemimpin MILF dan kerajaan menyuarakan harapan untuk menandatangani perjanjian damai bagi mengakhiri pertelingkahan bersenjata yang meragut kira-kira 150,000 nyawa sejak 1970-an.

Ameril memberitahu wartawan, sudah kehendak Tuhan untuk menjadikan sepertiga wilayah selatan Filipina yang majoriti penduduknya beragama Katolik menjadi sebuah negara Islam yang merdeka.


Beliau turut mengecam MILF kerana kesediaan mereka menerima pemerintahan autonomi saja.

“Rundingan damai itu hanya membazirkan masa, wang dan usaha,” kata Ameril, disambut dengan laungan takbir daripada penyokongnya. Kem Umar terletak di kawasan pergunungan di pinggir bandar Datu Unsay di wilayah Maguindanao hanya boleh dijejaki dengan perjalanan empat jam. - Reuters, hmetro

No comments:

Post a Comment