Tuesday, August 30, 2011

Misi bantuan tiba di Mogadishu


  SEBAHAGIAN pekerja memunggah kotak   bantuan   dari pesawat C130  TUDM  di Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Abdulle, semalam.
SEBAHAGIAN pekerja memunggah kotak bantuan dari pesawat C130 TUDM di Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Abdulle, semalam.

Menteri Perikanan Somalia sambut sukarelawan Malaysia

MOGADISHU: Selepas 24 jam menempuh penerbangan, pesawat Tentera Utara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa rombongan misi kemanusiaan ke Somalia anjuran Kelab Putera 1Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Abdulle sini, pada jam 10 pagi waktu tempatan, semalam.
Ketibaan rombongan seramai 55 orang terdiri daripada 18 doktor perubatan, 17 pengamal media dan sukarelawan diketuai Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim disambut Menteri Perikanan, Resort dan Persekitaran, Ahmad Hassan Adam serta empat Ahli Parlimen Kerajaan Persekutuan Transisi (FTG).
Presiden Wilayah Udubland, Ibrahim Abdullah Addo turut mengiringi rombongan bersama empat sukarelawan Somalia yang belajar dan bekerja di Malaysia.

Pesawat TUDM C-103 dipandu Leftenan Kolonel Zahani Zainal Abidin bersama 25 kru berlepas dari Lapangan Terbang TUDM, kelmarin, membawa lapan tan ubat dan pakaian untuk diagihkan kepada penghuni di beberapa kem perlindungan sekitar Mogadihsu.

Sebanyak 250 tan makanan akan dibeli di sini untuk diagihkan di kem terbabit termasuk kem terbesar di Badbadoo 25 kilometer dari Mogadishu yang menempatkan lebih 26,000 pelarian yang berlindung akibat kebuluran.

Sejurus tiba, pasukan perubatan diketuai Datuk Dr Alwi Abdul Rahman berlepas ke tiga hospital iaitu Pusat Kesihatan SAACID, Hospital Pakar Dar Al-Shifa dan Pusat Mata Kebangsaan untuk menyerahkan vaksin yang dibawa dari Malaysia.
“Kebanyakan hospital ini kekurangan bekalan ubat-ubatan dan sebahagian besar penduduk khususnya kanak-kanak mengalami masalah kesihatan akibat kebuluran.

“Esok (hari ini) kita mula mengagihkan makanan di kem Badbadoo selain membuka kem perubatan di situ,” kata Abdul Azeez.

Pasukan perubatan juga akan mendirikan khemah pemeriksaan kesihatan untuk penghuni kem.

Sempena Aidilfitri pasukan misi bantuan mengagihkan pakaian sebelum menyertai penduduk tempatan bersolat sunat hari raya di Masjid Isbahasyiga di sini.

Bantuan kemanusiaan ke Somalia ini dianggap antara misi amat berbahaya terutama jika rombongan ini ingin ke kem perlindungan di Merkat yang dikuasai kumpulan pengganas Al-Shabab yang mendalangi perang saudara sejak 1991.
bharian

No comments:

Post a Comment