Tuesday, August 30, 2011

Sudah ada orang baru...

JIMMY...minta hidayah
JIMMY...minta hidayah

NURSUHAILA...mahu cerai
NURSUHAILA...mahu cerai
KUALA LUMPUR: Hiba apabila impian untuk meraikan Aidilfitri sebagai ‘orang berkeluarga’ tidak kesampaian, pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley Salleh berkelana membawa diri menunaikan umrah di Makkah, sekali gus menyambut 1 Syawal bersendirian di Tanah Suci itu.
Jimmy, 31 yang yatim piatu menggemparkan dunia hiburan tanah air selepas pernikahannya pada Oktober tahun lalu, bergolak selepas 20 hari apabila isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, meninggalkannya ketika mereka berbulan madu di Koh Samui, Thailand.

“Sedih rasanya apabila hasrat untuk berhari raya bersama isteri dan anak tidak kesampaian. Ingatkan selepas berkahwin saya boleh menumpang keluarga isteri dan mentua, tapi itu semua tidak kesampaian. “Apapun, saya pasrah kerana sedar kita merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya dan pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini,” katanya melalui SMS kepada Harian Metro.

Mengimbas rentetan kontroversi rumah tangganya, selepas pergolakan Jimmy memfailkan tuntutan kembali taat diikuti nusyuz terhadap Nursuhaila di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 3 dan 27 Januari lalu.

Perhubungan suami isteri itu tampak menerbitkan riak-riak positif apabila Nursuhaila selamat melahirkan cahaya mata mereka yang diberi nama Zahrah pada 24 Jun lalu dan Jimmy mengeluarkan kenyataan mahu menarik kembali tuntutan mahkamah yang difailkannya.

Bagaimanapun, kedamaian rupa-rupanya terus menjauhi mereka apabila Nursuhaila mengadakan sidang media pada 25 Julai lalu mendakwa Jimmy sering memukulnya termasuk pada malam sebelum majlis akad nikah dan ketika mereka berbulan madu di Koh Samui.


Malah, keadaan menjadi semakin ‘panas’ apabila Nursuhaila mendakwa suaminya turut berbohong kepada media memberitahu majlis cukup jambul anak mereka yang diaturkan bapanya, Datuk Suhaimy Othman pada 27 Julai lalu dibatalkan tanpa memaklumkan kepada keluarganya.

Berang dengan tindakan Jimmy, Nursuhaila memberitahu dia mahu meneruskan perceraian dan akan menuntut hak penjagaan anak mereka biarpun di pihak Jimmy, sebutan kes permohonan kembali taat dan nusyuz yang dibuat ke atas isterinya akan didengar pada 29 September depan.

Berikutan kemelut memeningkan itu, Jimmy memutuskan untuk mengerjakan umrah dan bertolak ke Makkah pada 21 Ogos lalu diiringi harapan mudah-mudahan mendapat hidayah Ilahi bagi menunjukkan jalan keluar terbaik kepada segala permasalahan yang membelenggu dirinya.

“Ini kali pertama saya berhari raya di perantauan, terus terang perasaan sedih memang kuat membelenggu perasaan saya. Ada isteri dan anak, tetapi disebabkan sedikit masalah kami tak dapat bersama di hari mulia ini...semuanya tidak menjadi,” katanya.

Bagaimanapun, kata Jimmy, sejak berada di Makkah dia tidak pernah putus berdoa kepada Allah supaya dikurniakan kesejahteraan kepada isteri dan anak perempuannya, Zahrah.

“Insya-Allah, semua ini akan berakhir dengan kebahagiaan tidak lama lagi. Lebih penting sekarang saya mahu menumpukan amal ibadat di sini dan tahun hadapan saya akan berhari raya dengan orang baru,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut apa maksud kata-katanya itu.

Jimmy berkata, kesempatan berhari raya di Makkah juga digunakannya untuk menziarahi pusara ibunya yang meninggal dunia di Hospital Makkah kerana sakit paru-paru ketika mengerjakan haji pada 8 Mac 2002. Menurutnya, tarikh itu kuat terpahat dalam ingatannya kerana pada tarikh itu dia menjadi anak yatim piatu berikutan ayahnya yang bekerja sebagai petugas mesin melombong bijih timah meninggal dunia lebih awal dalam tragedi kapal korek terbalik di Puchong pada 8 Ogos 1984. “Biarpun saya ditimpa banyak musibah dan berhari raya tanpa anak, isteri dan keluarga, saya tetap menerimanya dengan hati terbuka kerana saya sedar masih ramai insan lain nasib mereka lebih teruk daripada saya,” katanya yang akan kembali ke tanah air pada Sabtu ini.hmetro

No comments:

Post a Comment