KUALA LUMPUR 16 Ogos - Beberapa keping risalah berbahasa Melayu yang memesongkan penggunaan kalimah Allah dalam bentuk triniti dikesan diedarkan oleh pihak yang dipercayai sebagai mubaligh Kristian kepada orang awam dan kanak-kanak Islam.
Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini yang memuatkan lapan risalah itu menerusi blog beliau di http://zul4kulim.blogspot.com/dengan entri bertajuk 'Allah Triniti'.
Menurut Zulkifli, risalah yang diedarkan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dekat sini itu menggambarkan Allah dalam bentuk triniti iaitu Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Roh Suci.
"Persoalannya adalah apakah kita bersetuju apabila kaum Kristian ini menyalahgunakan kalimah Allah sebagaimana yang tercatat dengan jelas dalam risalah itu?" kata beliau.
Antara yang terkandung dalam risalah itu dakwa Zulkifli, termasuk rencana "Allah menyelamatkan kita dari dosa dengan mengutus Anaknya yang Tunggal"; "Yesus adalah Allah dalam bentuk manusia" dan "Semua orang yang percaya kepada Anak Allah mempunyai hidup".
Zulkifli turut menempelak pihak-pihak yang menyokong mubaligh Kristian itu yang mana katanya, disebabkan sokongan itu, mubaligh Kristian tersebut semakin berani menyalahgunakan kalimah Allah dalam bentuk triniti.
"Hari ini mereka semakin berani, kurang ajar dan biadab 'merakusi', mencabul dan meliwat kalimah tauhid Allah untuk memesongkan akidah umat Islam," katanya.-utusan

No comments:
Post a Comment