Thursday, January 19, 2012

Dr Rani tidak kecil hati

SHAH ALAM: Pas Selangor menganggap keputusan Kerajaan Negeri tidak melantik wakilnya memegang portfolio berkaitan Islam dalam barisan Exco bukan sebagai memperkecilkan fungsi dan peranan parti berkenaan dalam urusan berkaitan agama Islam.
Sebaliknya, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, dia sudah dimaklumkan pihaknya masih berperanan untuk menegur Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid yang kini memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu jika difikirkan perlu.

“Tidak mengapa jika Pas tidak pegang portfolio ini. Semalam (kelmarin), Tan Sri Khalid sebut kalau ada apa-apa kesalahan dia minta Pas tegur dia. “Jadi, kita akan terus bekerjasama dalam hal ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Exco Kerajaan Selangor di Istana Bukit Kayangan di sini, semalam.

Dr Rani berkata, beliau tidak berkecil hati tidak dilantik sebagai Exco walaupun beliau Pesuruhjaya Pas negeri.

“Tidak, tidak, tidak. Saya memang tidak meminta (jawatan ini). Saya pun dianggap masih baru lagi dalam Pas, baru masuk Pas pada 1999 sama macam Datuk Hasan (Datuk Dr Hasan Mohamed Ali),” katanya.

No comments:

Post a Comment