KUALA LUMPUR - Setelah hampir tujuh tahun bersengketa, dua beradik, Ummi Hafilda Ali dan abangnya, Azwan Ali berdamai dan berjanji menerusi akuan bersumpah untuk tidak lagi melakukan perbuatan menghina, mengeji, mengaibkan dan melakukan serangan peribadi antara satu sama lain.
Pada satu sidang akhbar bersama di sini semalam, Azwan turut membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah menyinggung perasaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan keluarga menerusi komen negatif di laman sosial Twitter.
Bekas pengacara televisyen itu turut memohon maaf kepada pengikut Twitternya dan meminta mereka turut menghentikan segala kenyataan yang berunsur menghina, mengaibkan atau melakukan serangan peribadi terhadap mana-mana pihak.
"Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawa mulai dari saat ini, 18 Januari 2012, saya tidak akan menghina, mengeji, mengaibkan dan melakukan serangan-serangan peribadi yang mungkin membawa kepada fitnah dahsyat terhadap Ummi Hafilda dengan segala perkataan kesat dan keji yang tidak sepatutnya dan sewajarnya keluar dari mulut seorang abang.
No comments:
Post a Comment