LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Aktres bermasalah, Lindsay Lohan hadir semula ke sebuah mahkamah di sini buat kali kedua untuk mendengar laporan tentang kelakuannya.
Lohan muncul di Mahkamah Tinggi Los Angeles kurang lima minit kelmarin untuk mendengar keputusan hakim berhubung dengan perkembangannya dalam tempoh pemerhatian pihak bekruasa.
Tempoh pemerhatian itu dilaksanakan pada November tahun lalu selepas satu siri kesilapan yang dilakukan oleh Lohan.
Hakim Stephanie Sautner memberitahu Lohan bahawa dia menerima laporan yang memihak kepada aktres tersebut daripada beberapa pegawai pemerhatian dan program perkhidmatan komuniti.
Lohan melakukan tugas membersihkan rumah mayat dan menghadiri sesi psikoterapi.
"Teruskan apa yang anda lakukan, anda kelihatan melakukannya dengan baik," kata hakim berkenaan.
Lohan tiba awal di mahkamah dengan memakai seluar panjang berwarna gelap, blaus bewarna biru selain baju sejuk.
Bintang filem Mean Girls itu akan bekerja di rumah mayat selama 15 kali sebelum dia kembali semula ke mahkamah pada 22 Februari depan.
Hakim itu menyatakan Lohan berada dalam landasan yang betul untuk menyempurnakan tugasnya di rumah mayat.
Aktres itu berdepan dengan pelbagai masalah kelakuan selepas dia ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk pada 2007.
Pelakon itu kekal berada dalam pemerhatian untuk kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan satu kesalahan kecil kerana mengambil seutas rantai tanpa kebenaran pada Januari 2010.
Dia tidak membuat sebarang pengakuan kerana mengambil seutas rantai bernilai AS$2,500 (RM7,792) dan menjalani tahanan di rumah selama 35 hari pada musim panas lalu. - Agensi
No comments:
Post a Comment