Tuesday, July 31, 2012

"Mahathir sepatutnya mengutamakan kepentingan Petronas

"Mahathir sepatutnya mengutamakan kepentingan Petronas dengan melobi agar syarikat minyak negara diberi peluang untuk membekalkan bahan api kepada pesawat Airbus A380 kerana ia selaras dengan jawatan yang dipegang olehnya.
"Namun beliau mengenepikan Petronas tetapi mengunakan pengaruhnya melobi untuk syarikat milik keluarga beliau," jelas Datuk Mahfuz Omar.

Tambahnya lagi, tindakan Mahathir itu menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab beliau selaku Penasihat Petronas kerana lebih mengutamakan syarikat minyak milik keluarganya dari syarikat milik negara.

"Sepatutnya Petronas diberi peluang kerana kedua-duanya iaitu MAS dan Petronas adalah syarikat milik negara namun disebabkan kepentingan peribadi lebih diutamakan maka syarikat kroni diberi peluang," sambungnya lagi.

Pada Ogos tahun lalu, syarikat konglomerat San Miguel yang turut dikuasai Mokhzani Mahathir telah menandatangani perjanjian untuk membeli 65 peratus kepentingan ExxonMobil pada harga AS$610 juta (RM1.89 bilion).

Sebahagian daripada perundingan itu, San Miguel akan menguasai anak-anak syarikat perniagaan hiliran ExxonMobil di Malaysia iaitu Malaysia Sdn. Bhd. dan Exxon Mobil Borneo Sdn. Bhd.

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11513-pecat-mahathir-dari-petronas-mahfuz
 

No comments:

Post a Comment