Thursday, July 19, 2012

Parti Islam fahaman sederhana menang di Libya

TRIPOLI: Sebuah parti Islam berfahaman sederhana yang diketuai Mahmoud Jibril, perdana menteri ketika era pemberontakan Libya tahun lalu, mengalahkan pesaingnya, parti Islam pada pilihan raya bersejarah negara itu.
Bagaimanapun, keputusan yang diperoleh sehingga semalam tidak menunjukkan dengan jelas parti yang akan menguasai Parlimen memandangkan pihak terbabit berusaha menarik calon bebas menyertai parti masing-masing. Barisan Bersekutu Kebangsaan (NFA) yang diketuai Mahmoud memenangi 39 daripada 80 kerusi yang diperuntukkan untuk parti politik di Dewan yang mempunyai 200 kerusi.

Sayap politik Ikhwanul Muslimin Libya, parti Islam terbesar negara itu hanya memenangi 17 kerusi pada pilihan raya bebas yang diadakan kali pertama pada 7 Julai lalu.
Baki 120 kerusi diperuntukkan kepada calon bebas dan sehingga ini, agak sukar untuk menentukan hubungan mereka dengan parti politik terbabit. - AFP

No comments:

Post a Comment