Dalam satu kenyataan wakil briged tersebut, beliau menyatakan antara sebab penubuhan Briged "Banat al-Walid" tersebut adalah kerana kebanyakan mereka yang terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak.
Ia juga kerana, ketika berlakunya penyembelihan ataupun serbuan tentera rejim Basyar ke rumah-rumah mereka, kebanyakan pemuda yang menyertai Tentera Bebas Syria yang keluar ke medan berjihad melawan rejim Basyar.
Beliau juga menyebut bahawa penubuhan ini bukan bermakna ini kali pertama muslimah-muslimah Syria menyertai Tentera Bebas Syria, akan tetapi sebelum ini sudah ramai namun belum menubuhkan satu briged khusus untuk muslimah.
Semoga Allah memelihara mereka.
No comments:
Post a Comment