Al-Mahabbah (mencintai), maksudnya anda harus mencintai Kalimat Tauhid, Tuntunannya dan Mencintai juga kepada orang-orang yang bertauhid dengan sepenuh Hati, serta membenci segala perkara yang Merosakkan Tauhid.
Allah Swt (yang artinya):
“Dan di antara manusia ada yang membuat tandingan-tandingan (sekutu) selain Allah yang di cintai layaknya mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman, sangat mencintai Allah diatas segala-galanya)"
~ Maksud Surah Al-Baqarah Ayat 165
Dari sini kita tahu, Ahlut Tauhid mencintai Allah dengan Cinta yang Tulus Ikhlas.
Sedangkan Ahlus Syirik mencintai Allah dan mencintai tuhan-tuhan yang lainnya. Hal ini tentu sangat bertentangan dengan isi kandungan "Laa ilaaha illallah"
PESANAN RASULULLAH SAW
Dari Muaz bin Jabal ra, berkata : "Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka”
Jawab Nabi Saw: "Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta’ala, iaitu: 'Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah”
Kemudian Nabi bersabda lagi: "Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? ”
Aku menjawab: "Mahu, Ya Rasulullah”
Sabda baginda: "Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad.”
Kemudian Nabi bersabda lagi: "Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini?
Aku menjawab: "Mahu, Ya Rasulullah"
Lalu Baginda memegang lidahnya seraya berkata: "Awas, jaga ini baik-baik.”
Aku bertanya: "Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya?
"Baginda lalu menjawab: "Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka”
~ Dari Sumber Hadith 40

No comments:
Post a Comment