Wednesday, August 1, 2012

Kenapa perlu Di kejutkan?



Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud "Fitnah itu tidur, celakalah mereka yang mengejutkannya."

Ia juga seperti harimau yang sedang tidur. Sesiapa sahaja yang mengejutkannya dari tidur yang nyenyak hanya membuatkan harimau itu bingkas dan menerkam. Sedikit sahaja percubaan meniup api fitnah, ia akan menyala dan menyambar. 

Fitnah juga boleh tercetus dalam pelbagai situasi juga dari aneka posisi. Lantaran itu, berhati-hatilah kerana fitnah adalah agenda syaitan yang pastinya ingin melihat para pejuang Islam berantakan sesama sendiri.

Semoga kita dipelihara oleh Allah swt daripada kebinasaan ini. Jauhi fitnah malah jangan sekali-kali berjinak-jinak dengan fitnah. Jika ingin membuat tuduhan, pastikan ada bukti yang kukuh dan jelas.

“You can never hide an elephant behind a bamboo tree but even if you manage to do so, the elephant smells so you really cannot hide it."

Pepatah melayu "sepandai pandai tupai melompat...akhirnya jatuh ke tanah juga..."

wallahualam

No comments:

Post a Comment