Wednesday, August 1, 2012

PENYAKIT DALAM JIWA MANUSIA


a) Mensyirikkan Allah Swt.
b) Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah Swt.
c) Lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah Swt kepada hamba yang Muslim.
d) Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi dan disokong Allah Swt.
e) Meninggalkan keputusan Allah Swt dalam kehidupan, sebaliknya mengambil keputusan yang lain.

1..Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah Swt dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia.
2..Manusia tidak memberi Harga dan Nilai kepada Kehendak Allah Swt. Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah Swt.
3..Mungkin terdapat segelintir manusia daripada umat ini yang memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan Allah Swt. 4..Umumnya apabila dikemukakan keputusan Allah Swt maka dirasakan menjatuhkan maruah, seterusnya bersikap tidak mempedulikan dan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah penyakit jiwa.

UBAT MUJARABNYA ADALAH BERTAUBAT
- Taubat bermakna manusia kembali kepada Allah Swt, peraturanNya dan hukumNya.
- Taubat ialah membuang dan mengosongkan diri daripada segala bentuk campuran yang buruk atau campuran yang boleh merosakkan jiwa.
- Taubat ialah menjaga diri daripada percampuran nilai-nilai lain dan kembali kepada nilai-nilai Allah Swt sahaja dalam setiap aspek kehidupan. - Sekiranya seseorang itu termasuk ke dalam golongan orang-orang bertaubat kepada Allah Swt maka campuran itu tidak wujud lagi pada dirinya.
- Inilah sifat orang bertaubat.

Sabda Rasulullah Saw (bermaksud)
“Dari Abi Musa al-‘Asyariy RA, Nabi Saw bersabda:
“Sesungguhnya Allah ‘Azzawajalla "menghulurkan tangannya" (bersedia menerima taubat) pada waktu malam agar orang yang melakukan kejahatan pada waktu siang bertaubat; dan Allah "menghulurkan tangannya" (bersedia menerima taubat) pada waktu siang agar orang yang melakukan kejahatan pada waktu malam bertaubat; sehinggalah matahari terbit dari barat.”
- Daripada Hadith Riwayat Muslim
 

No comments:

Post a Comment