Tak lama setelah bom menghentam bangunan Keselamatan Nasional Syria di Damsyik, yang telah menewaskan beberapa pegawai kanan rejim Syi'ah Nushairiyah, Bashar Assad diisukan melarikan diri dari Damsyik.
Media-media Arab dan Barat melaporkan berita yang belum disahkan bahawa Assad dan keluarganya diisukan melarikan diri ke kediamannya di Latakia setelah pengeboman tersebut terjadi. Hal tersebut juga disahkan oleh sumber-sumber pembangkang Syria.
Namun kemudian Assad terlihat dalam TV Nasional Syria pada hari Khamis (19/7/2012), sehari selepas bom operasi syahid terjadi, dia melantik menteri pertahanan baru (Menteri Pertahanan) Mejar Jeneral Fahad Jassim al-Feraj, di istana presiden untuk menggantikan Daud Rajiha yang tewas dalam serangan tersebut, berdasarkan laporan akhbar kerajaan Syria, SANA.
Di sisi lain, Barat yang ingin memanfaatkan situasi di Syria, mendesak Assad untuk segera menyerahkan kekuasaannya.
No comments:
Post a Comment