Friday, August 10, 2012

KEGANASAN KAUM CINA DALAM TRAGEDI BERDARAH 13 MEI 1969


PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969 DI KAMPUNG BARU DAN SEKITAR KL
Sejak dulu, Utusan Melayu memainkan peranan membangkitkan api perkauman. 
Seperti lalang, kaum India dikatakan turut mengambil kesempatan menyebelahi 
kaum Cina untuk menghapuskan bangsa Melayu.
(Lihat lain-lain gambar di sini)
Peristiwa 13 Mei
Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

LATAR BELAKANG
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.



Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969.  Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.  Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan, DAP dan PPP (kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan parti-parti yang ditunjangi oleh kaum Cina. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP (kedua-dua parti ini ditunjangi oleh kaum Cina) telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

KAUM CINA MERAIKAN KEMENANGAN
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan dimana majoritinya berbangsa Cinatelah menang besar di kawasan Batu , Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor . Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.  Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baharu. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO ketika itu, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan perkauman.  Ada pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut.  Dalam masyarakat Melayu penyapu mempunyai konotasi yang amat negative - sial. Ada orang Cina yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

PERARAKAN KEMATIAN CINA
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahli Parti Gerakan melakukan kebiadapan terhadap orang Melayu semasa perarakan.  Yeoh Tech Chye menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Malangnya permohonan maaf sudah terlambat.

RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR (Lihat lain-lain gambar di sini)
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk .

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan orang Cina terutama dari parti Gerakan dan DAP tersebar dan meluap-luap. Malah ada pendapat yang mengatakan kaum Cina dari parti MCA juga turut bersatu dan berpadu dengan  kaum Cina dari Gerakan dan DAP untuk  menghina dan menghapuskan orang-orang Melayu. Semangat kesepakatan dan perkauman bangsa Cina amat ketara ketika itu.

Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak , hanya 2 km dari rumah Menteri Besar Selangor.

4.00 petang.  Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari  PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak  ganas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan,  semua orang tidak boleh keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

REGIMEN RENJER
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang.  Ketua Regimen Renjer dikatakan seorang Cina.  Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Regimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

ASKAR MELAYU
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.  Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Dikalangan orang Cina ada yang mengatakan, ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyenbeberapa pemuda Cina ditangkap dan dibariskan di tepi lombong kemudiannya dibunuh. Bagaimanapun ternyata bangsa Cina berbohong apabila sehingga sekarang tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman tersebut!!!

PANGGUNG ODEON
Pemuda-pemuda Cina yang ganas dan jahat dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan bangsa Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina. Pemuda-pemuda Cina samseng dari kongsi-kongsi gelap tersebut bertindak semakin ganas dengan membakar panggung Odeon setelah semua bangsa Cina keluar dari panggung tersebut.  Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan biadap dan ganas dari kaum Cina itu, barulah orang-orang Melayu mulai bertindak balas. Ada yang mengatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan tentera selempang merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baharu mengedarkan air jampi dan tangkal penebat iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti Askar Melayu yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan.  Negeri Johor dan negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.

ANGKA KORBAN
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi spekulasi mengatakan 700 orang mati terbunuh.


DI MANA TUNKU
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana .

6.45 petang Encik Mansor selalu Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain macuk.  Dalam tulisannya Tunku menafikan hal tersebut.

Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi orang Melayu, Dato' Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei 1969. Dato' Harun Idris sedang menaiki tangga politik menuju Perdana Menteri jika tidak kerana pertandingan tinju Mohamad Ali vs Joe Bugner dan Bank Rakyat.

MAGERAN
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak.  Parlimen dibubarkan.  Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970.  Buku Malay Dilemma oleh Dr Mahathir telah diharamkan.  Ada pendapat yang mengatakan  Dr Mahathir adalah antara perancang utama tragedy berdarah 13 Mei 1969. Selepas tragedi tersebut Dr. Mahathir telah dengan lantangnya memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.

Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara juga telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman menyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Sebenarnya peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah.  Barisan Nasional dibentuk.  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa politikus yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).  Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi mendapat tafsiran semula. 
~ Disesuaikan dari: wikipedia 

No comments:

Post a Comment