Friday, August 10, 2012

Ketua Biro Keselamatan Nasional Syria disahkan telah tewas dalam bom Damsyik



Ketua Biro Keselamatan (Perisikan) Nasional Syria Jeneral Hisham Bikhtyar yang terluka akibat operasi syahid Mujahidin di Gedung Keselamatan Nasional Syria, Damsyik akhirnya tewas.

Luka parah yang diderita Hisham akibat bom Damsyik akhirnya menyebabkan ia menghembuskan nafas terakhir, khabar ini disahkan oleh TV al-Manar Lubnan dan para aktivis Syria, pada hari Jumaat (20/7/2012).

Kematian Hisham menyusul kematian beberapa pegawai tinggi rejim Bashar Assad dalam serangan bom tersebut, yang telah disahkan oleh TV nasional rejim Syria dan para pejuang Syria, iaitu Daud Rajiha (selaku Menteri Pertahanan), Asif Syawkat (wakil Menteri Pertahanan), Muhammad Ibrahim al-Sya'ar , dan Hafiz Makhlouf (selaku ketua polis penyiasatan rahsia).

No comments:

Post a Comment