Friday, August 10, 2012

Demonstrasi 'berdarah' bantah pembunuhan umat Islam Myanmar



Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, 10 Ogs 2012



(Sebahagian dari peserta protes yang berlakon mati berlumuran darah menggunakan darah palsu di hadapan kedutaan Myanmar.)



JAKARTA: Satu kumpulan Indonesia yang menggelar diri mereka Keprihatinan Rakyat terhadap Rohingya (People's Care for Rohingya) telah melakukan protes di hadapan kedutaan Myanmar di Jakarta, memprotes keganasan dan diskriminasi yang dialami minoriti Muslim Rohingya di Myanmar.

Peserta demonstrasi membawa poster ‘Hentikan Keganasan’ dan berteriak ‘Allahu Akbar’ sepanjang demonstrasi itu berlangsung Khamis semalam.

Para peserta protes mendesak kerajaan Myanmar untuk menghentikan pertumpahan darah dan keganasan sektarian terhadap warga Rohingya di Myanmar itu.

Pertempuran antara Muslim Rohingya dan penganut Buddha Rakhine di wilayah Barat Myanmar telah berlarutan sejak Jun 2011 dan mengakibatkan kematian 78 orang dan berpuluh –puluh ribu Muslim kehilangan tempat tinggal.

“Kerajaan Myanmar telah melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan,” ujar seorang peserta protes Arya Sandi Yudh.

“Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melaporkan bahawa bangsa Rohingya adalah antara bangsa yang paling banyak ditindas di dunia,” tambah beliau.

Ramai dari penganut Buddha di Myanmar menganggap warga Rohingya sebagai pendatang haram dari negara jiran, Bangladesh.

Laporan mendedahkan isu penganiayaan
Rohingya tidak pernah dianggap oleh kerajaan Myanmar sebagai warganegara mereka.

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan terdapat 800,000 orang Rohingya tinggal di Myanmar.

Laporan terkini sebuah kumpulan hak manusia menjelaskan bahawa, pihak keselamatan Myanmar membunuh, merogol, dan menangkap ramai Muslim Rohingya setelah kekacauan sektarian yang menggila di bahagian Timur Laut Jun lalu .

Pemerhati Hak Asasi Manusia (Human Rights Watch) yang berpusat di New York melaporkan mereka yang ingin membantu dihalang dari masuk dan dalam sesetengah kes ditahan dalam tindakan keras pihak kerajaan terhadap Muslim Rohingya di Asia Tenggara.

Laporan itu keluar seminggu selepas peristiwa pembakaran rumah dan serangan parang oleh penganut agama Buddha terhadap Muslim Rohingya di negeri Rakhine.

Berdasarkan 57 temubual dengan warga Rakhine dan Rohingya, laporan itu memberi keterangan baru tentang konflik yang mendedahkan kemarahan perkauman yang mendalam.

Ia juga menilai kembali prestasi kerajaan baru yang memerintah sejak 2011 yang berjanji untuk melindungi hak manusia selepas pemerintahan kejam pihak tentera yang bertahun lamanya.

“Tentera keselamatan Burma gagal dalam melindungi penduduk Arakan(Rakhine) dan Rohingya dari membunuh satu sama lain dan kemudian melancarkan kempen keganasan dan perhimpunan besar-besaran menentang Rohingnya,” ujar Brad Adams, Pengarah Asia di Pemerhati Hak Manusia.

“Pihak kerajaan mendakwa mereka komited untuk menghentikan persengketaan dan penganiayaan etnik, tetapi insiden terkini di negeri Arakan menunjukkan penganiayaan dan diskriminasi yang ditaja kerajaan sebenarnya masih berterusan.

No comments:

Post a Comment