Monday, October 8, 2012

Israel tembak dron tidak dikenali




         
BAITULMAQDIS: Tentera Udara Israel menembak jatuh sebuah dron tidak dikenali Sabtu lalu selepas pesawat tanpa juruterbang itu memasuki negara berkenaan dari Laut Mediterranean.

Jurucakap Tentera berkata, dron tanpa senjata itu dikesan menceroboh ruang udara Israel pada pagi sebelum dipintas kira-kira jam 10 pagi (4 petang waktu Malaysia).


“Tentera menjalankan pencarian di kawasan utara Negev yang menjadi tempat dron itu terhempas bagi mengenal pasti pesawat berkenaan,” katanya. Menurut jurucakap itu, tentera bertindak wajar menembak jatuh dron berkenaan. - AFP

No comments:

Post a Comment