Sunday, October 28, 2012

Britain tidak setuju serang Iran ‘buat masa ini’



Terjemahan Mohamad Yahya,28 Okt 2012
LONDON: Britain berkata Jumaat lalu mereka menentang serangan ketenteraan ke atas Iran 'buat masa ini' berhubung program nuklearnya, berhujah sekatan ekonomi telah memberi kesan dan perlu memberi lebih masa untuk pendekatan diplomasi.

Komen tersebut dibuat selepas akhbar The Guardian Britain melaporkan Britain telah menolak rancangan Amerika Syarikatuntuk menggunakan pangkalan mereka untuk menyokong penempatan tentera di Teluk, kerana amaran undang-undang bahawa serangan pencegahan menyalahi undang-undang.

Nasihat undang-undang berkata Iran kini tidak mewakili "ancaman yang jelas dan nyata", menurut Guardian, dari sumber yang tidak dinamakan.

"Kerajaan tidak percaya tindakan ketenteraan terhadap Iran adalah wajar buat masa ini, bagaimanapun semua tindakan," jurucakap Perdana Menteri David Cameron memberitahu pemberita, enggan untuk mengulas mengenai nasihat undang-undang.

"Kami mahu melihat sekatan ekonomi, yang mulai memberi kesan, berjaya dan juga berbincang dengan Iran," katanya.

The Guardian berkata Britain tidak menerima permintaan rasmi dari Amerika Syarikat untuk menggunakan pangkalan tentera mereka.

Cameron dan diplomat Barat percaya sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Iran oleh Barat mulai melemahkan Tehran dan mencetuskan rasa tidak puas hati orang awam kepada kerajaan, dan tindakan ketenteraan hanya akan menukar trend tersebut.

Israel dan Barat percaya Iran cuba untuk mencapai kemampuan senjata nuklear. Tehran berkata program adalah nuklearnya adalah untuk kegunaan awam dan tenaga semata-mata. (Asharq)

Pendekatan diplomasi dan sekatan selama bertahun telah gagal untuk menyelesaikan pertikaian, menimbulkan kebimbangan tindakan ketenteraan Israel terhadap musuhnya dan perang Timur Tengah yang baru.

Rundingan antara Barat dan Iran mungkin berlangsung selepas pilihan raya presiden Amerika Syarikat 6 November ini, selepas tiga pusingan rundingan sebelum ini gagal mendatangkan hasil.

No comments:

Post a Comment