GAZA, Palestin - Bunyi tembakan di ruang udara Gaza ‘menyambut’ ketibaan sukarelawan Cakna Palestin yang berjaya melepasi sempadan Rafah jam 10 malam kelmarin.
Senario itu ditempuh 10 daripada 14 sukarelawan yang diberi peluang bertemu sekumpulan sayap Hamas, Briged Al-Qassam yang sedang berkawal di celah bangunan di bandar Gaza.
Pertemuan lewat malam diadakan dalam keadaan gelap dan rahsia itu bagi menyaksikan sendiri rutin tugasan dan perjuangan rakyat Palestin berjihad demi Islam.
Bunyi tembakan itu kedengaran ketika Ahli Majlis Zakat Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sedang memberi ucapan motivasi kepada pejuang.
Ia menyebabkan ada sukarelawan cemas, namun ditenangkan pejuang yang melakukan pemeriksaan segera dan menyatakan keadaan masih terkawal.
Melihat kepada keberanian dan tekad anak muda Palestin itu, beberapa sukarelawan tidak dapat menahan sebak semasa berpelukan sebelum pulang ke penempatan di tengah Gaza. Ada antara mereka berumur belasan tahun dan memiliki kepakaran yang tinggi dalam menangani situasi perang.
Lebih menyentuh perasaan, ketika sukarelawan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ketua pejuang, beliau keberatan untuk menerimanya sambil menyatakan apa yang dilakukan mereka bukan kerana wang sebaliknya keikhlasan untuk tanah Palestin.
Menurut seorang pejuang berumur 21 tahun, perjuangan mereka hanya untuk tanah Palestin.Malah tidak takut untuk mati berjihad kerana syurga menanti di sana, sambil menunjukkan kesan tembakan tentera Israel di kaki kirinya.
Apa dijelaskan pemuda itu bukanlah perkara pelik di Gaza. Sepanjang jalan raya dilalui, terdapat banyak papan tanda memaparkan pejuang anak muda mati syahid dan mereka bangga dengan pengorbanan rakan seangkatan mereka.
Dalam pada itu, ketika berada di bilik penginapan, sukarelawan dapat menyaksikan serangan roket yang dilakukan pihak tertentu, menggambarkan suasana masih tidak menentu walaupun umat Islam menyambut Aidiladha.
Malah ketika ketika artikel ini ditulis, keadaan beberapa tempat di Gaza semakin genting apabila pejuang Palestin dan Israel saling berbalas tembakan. Sejak dua hari lalu, lebih lima pejuang gugur syahid.
Sementara itu, majlis penyerahan sumbangan korban, zakat dan bantuan kewangan hampir setengah juta ringgit kepada Persatuan Pembangunan dan Pemulihan Emmar Palestin diadakan di dalam sebuah bangunan di Gaza.
Cakna Palestin diwakili Timbalan Pengerusinya, Ausaini Ibrahim manakala Zakat Pulau Pinang diwakili Dr Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.
Terdahulu, sukarelawan disambut dan diraikan Ahli Parlimen Palestin, Abu Yussof dan majlis makan malam diatur di pantai Al-Yunks, kawasan yang pernah diduduki Israel sebelum berjaya ditawan kembali pada 2006.
Ketika ini sebahagian anggota sukarelawan kembali ke Kaherah dan selebihnya berada di El-Arish, Mesir.

No comments:
Post a Comment