KP1M agihkan barang keperluan musim sejuk kepada pelarian Syria.
AL MAFRAQ – Pelarian Syria yang berada di dua kem, Al-Za’tari dan Ar-Ramtha serta perkampungan sekitar bandar Mafraq terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia yang menghulurkan bantuan melalui misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).
Malah, bantuan ini bukan sahaja berupa makanan dan keperluan menjelang musim sejuk, tetapi KP1M turut mengadakan Program Korban Perdana dengan menyembelih 191 ekor kambing dan lima ekor lembu untuk diagihkan di kem-kem pelarian dan perkampungan sekitar Jordan.
Dari jumlah ini, 91 ekor diagihkan di kem Za’tari, 50 ekor di kem Ar-Ramtha dan selebihnya di kampung sekitar Mafraq dan Amman, program ini yang diamanahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya dilaksana dengan jayanya.
Proses penyembelihan dilakukan di rumah Persatuan Mahasiswa Malaysia Al-Mafraq (Prisma) oleh kira-kira 200 pelajar Malaysia dan agihan dibantu Jordan Hashemite Charity Organization (JHCO).
Kesemua pelarian kelihatan sebak apabila sukarelawan mula mengagihkan daging sehingga ada yang mengalirkan air mata kerana ada lagi pihak yang sudi menyambut Aidiladha dengan mereka walaupun negara musnah.
Selain makanan dan daging, KP1M turut mengagihkan kira-kira 800 tilam kepada pelarian dan keluarga yang berlindung di Pusat Kebajikan Anak Yatim dan Ibu Tunggal Mafraq.
Sebelum Program Korban Perdana dilakukan, sukarelawan KP1M mengadakan solat Aidiladha bersama-sama 300 pelarian di kem Ar-Ramtha dan khutbah disampaikan oleh penceramah bebas, Mohd Farid Ravi Abdullah yang bertajuk ‘Perpaduan’.
Dalam khutbah itu, Mohd Farid menyeru rakyat Syria bersabar dan terus berpegang kepada perintah ALLAH walau apa pun dugaan yang tiba.
Katanya, Syria adalah tempat jatuh bangunnya Islam, dan jika Islam tumbang di Syria maka jatuhlah daulah Islam.
“Selain itu, saya juga menyeru umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia menjadikan konflik di Syria sebagai iktibar. Perpaduan ummah penting supaya musuh gerun kepada kita.
“Ibadah korban dilakukan ini untuk pembebasan Masjidilharam dan pembebasan rakyat Syria dari kezaliman,” katanya.
Sementara itu, Presiden KP1M, Datuk Abd Azeez Rahim berkata, selepas Program Korban Perdana ini berjaya diadakan, sukarelawan juga akan mengagihkan daging korban ke satu perkampungan Palestin di Amman.

No comments:
Post a Comment