Sunday, October 28, 2012

Tiada siaran lansung Perhimpunan Agong Umno kali ini


Nak tahu kenapa tiada siaran langsung Perhimpunan Agong Umno yang akan diadakan pada 27 Nov hingga ! Dis nanti? baca seterusnya.

Semakin dekat PRU-13, Umno semakin menggelabah.Kenyataan dibuat bercelaru dan tidak menentu.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan 'pasukan' bagi menjatuhkan calon terpilih.

Hari ini pula Tengku Adnan kata, Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan menamakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini.

Beliau berkata, perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon UMNO sahaja malah semua parti komponen BN.

Calon pilihan parti

Lepas tu pula, Tengku Adnan kata, "Kita nak calon yang rakyat nak, bukan calon yang parti nak atau calon yang orang tertentu nak. Calon yang rakyat nak kerana mereka akan menjadi wakil kepada rakyat," katanya.

Lucunya bila Tengku Adnan sendiri beritahu selanjutnya :

” Nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang sedang melalui pelbagai saringan untuk disenarai pendek.”

Ha! ha! ha! Kelakarkan? Semua orang tahu yang buat saringan itu adalah pimpinan parti dan bukan rakyat! Maka sudah tentulah calon yang terpilih itu adalah pilihan parti!

Seperti yang saya sebutkan mula tadi, semakin dekat PRU-13, Umno semakin menggelabah , begitulah yang saya nampak bila Tengku Adnan mengulas mengenai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dari 27 November hingga 1 Disember ini.

"Dalam ucapan presiden, beliau (Najib) akan kekalkan mengenai persiapan untuk menghadapi pilihan raya, kalau pilihan raya belum diadakan tetapi kalau pilihan raya sudah diadakan, berkemungkinan beliau akan sebut kemenangan yang kita capai," katanya di sini

Adnan beritahu kita hanya ada dua kemungkinan mengenai ucapan presiden itu nanti :

1) Mengenai persiapan pilihan raya.
2) Mengenai kemenangan yang dicapai.

Walau apa pun, pada kita adalah besar kemungkinan PM Najib akan sebut hal kekalahan Umno/BN tidak mustahil juga! Betul tak? Adnan lupa mengenai kemungkinan itu ...

Elok juga kita ingatkan Adnan supaya masukan agenda ucapan Najib mengenai pembubaran Umno pada masa tersebut! ha! ha! ha!

Pertanda jelas PRU-13

Persidangan Parlimen Malaysia dijangka ditangguhkan mulai 27 Nov. Nanti.Jadual peperiksaan SPM pula didapati di tunda panjang mulai 09 Nov hingga 18 November.Penundaan panjang ini nampak pelik. Ramai yang meramalkan PRU akan diadakan dalam tempoh masa tersebut.


Sama-samalah kita tunggu selepas penangguhan sidang parlimen nanti.Besar kemungkinan, kita akan keluar mengundi pada 15 November 2012 - cuti awal Muharam, insya’Allah kita akan ucapkan selamat tinggal kepada Umno untuk selamanya....

Yang bestnya, Najib akan jadi Ketua Pembangkang . Maka itu tiada siaran lansung diteevee mengenai Perhimpunan Agung Umno . Mana boleh parti pembangkang muncul diteevee Malaysia kan? Ha! Ha! ha!
 —

No comments:

Post a Comment