Sunday, October 28, 2012

Hari Raya Aidil Adha di Syria: "Jatuh, jatuh kerajaan Asad!"


Himpunan aman dilaporkan diadakan di beberapa buah kawasan sejurus selesai solat sunat Aidi Adha di Syria.

Laungan "jatuh,jatuh kerajaan Asad" bergema di bandar-bandar seperti Dar'a, Halab, pinggir Halab dan Idlib.

Di wilayah Idlib, rakyat yang menyertai protes membawa bendera kemerdekaan Syria sambil tertera "Revolusi Syria" dan melaungkan slogan anti-Basyar.

Dalam masa yang sama, askar rejim meneruskan serangan udara dengan mensasarkan penduduk awam dan kediaman mereka, tindakan yang telah mencabuli gencatan senjata yang dipersetujui sempena kedatangan Aidil Adha. Pada pagi hari raya pertama, serangan udara ganas askar rejim ke atas Ma'ratun Nu'man dan Idlib membunuh sekurang-kurangnya tiga orang.

No comments:

Post a Comment