Thursday, October 11, 2012

Chavez tetap sokong Bashar

myMetro | Chavez tetap sokong Bashar: "CARACAS: Presiden Hugo Chavez semalam berikrar akan terus menyokong Presiden Bashar al-Assad.

Pemimpin Venezuela itu menganggap Bashar sebagai presiden Syria yang sah dan menyalahkan Amerika Syarikat berhubung perang di negara itu yang berlaku sejak 19 bulan lalu.


“Bagaimana saya tidak boleh menyokong kerajaan Bashar al-Assad jika ia adalah kerajaan Syria yang sah? kata Chavez yang dipilih semula menjadi pemimpin Venezuela untuk penggal ketiga Ahad lalu.

Beliau menyifatkan pejuang yang cuba menggulingkan Bashar sebagai pengganas. “Siapa yang perlu saya sokong...pengganas yang membunuh penduduk?” tanya Chavez.


Pemimpin Venezuela itu sering mencetuskan kemarahan Amerika Syarikat kerana hubungan rapatnya dengan musuh utama Washington, iaitu Cuba, Iran dan Syria.


Chavez berkata, Syria berdepan dengan ‘krisis yang dirancang,’ sama seperti perang yang menggulingkan Muammar Gaddafi di Libya.

“Kerajaan Amerika Syarikat adalah antara pihak yang perlu disalahkan kerana peperangan di Syria,” kata Chavez. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment