Thursday, October 11, 2012

Keluarkan peluru di leher

Berita Harian | Keluarkan peluru di leher:

Seorang penduduk tempatan membaca muka depan sebuah akhbar mengenai   remaja  perempuan   yang ditembak   militan Taliban di Peshawar, semalam.Seorang penduduk tempatan membaca muka depan sebuah akhbar mengenai remaja perempuan yang ditembak militan Taliban di Peshawar, semalam.
Peshawar: Sekumpulan doktor Pakistan semalam berjaya mengeluarkan sebutir peluru dari leher seorang budak perempuan berusia 14 tahun yang ditembak oleh militan Taliban kerana menyuarakan pandangan menyokong pendidikan wanita. 

Sepasukan pakar bedah tentera dan awam merawat Malala Yousufzai di sebuah hospital tentera di Peshawar selepas ditembak di Mingora, Lembah Swat. 

“Pembedahan mengeluarkan peluru itu mengambil masa beberapa jam kerana adanya komplikasi.

Malala belum sedar 

“Saya tidak dapat memberitahu keadaan terkini Malala. Sepasukan doktor melakukan pemantauan berterusan. Cuma, dia semakin pulih. Tetapi, dia belum sedar,” kata Menteri 


Penerangan wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Mian Iftikhar Hussain. 

Hussain berkata, keputusan belum dibuat sama ada remaja terbabit perlu dihantar ke luar negara untuk rawatan lanjut. 

Malala dihormati kerana mendedahkan kekejaman Taliban dan menyokong pendidikan wanita meskipun berhadapan dengan pelampau agama.

Remaja ditembak di kepala 

Pada Selasa lalu, seorang lelaki bersenjata yang juga anggota Taliban berjalan ke arah bas yang membawa kanak-kanak pulang dari sekolah dan menembak kepala dan leher Malala. 
Seorang lagi budak perempuan lain dalam bas yang sama turut cedera. 

Panglima tentera Pakistan, Jeneral Ashfaq Parvez Kayani melawat hospital itu untuk melihat keadaan mangsa, menurut kenyataan tentera. 

“Dengan menyerang Malala, pengganas gagal untuk memahami bahawa beliau bukan hanya individu tetapi ikon keberanian dan harapan yang membuat pengorbanan besar kepada penduduk Swat dan negara apabila mereka berjuang untuk membebaskan lembah ini daripada cengkaman keganasan,” kata Kayani. 

Beliau juga berikrar, tentera tidak akan tunduk kepada pengganas seperti yang melepaskan tembakan ke arah aktivis muda itu. - AP
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment