SITTWE: Walaupun hidup dalam kepayahan sebagai pelarian, namun sesetengah penduduk Islam Rohingya di Rakhine berpelajaran tinggi.
Wartawan begitu teruja apabila menemui beberapa penduduk Islam Rohingya fasih berbahasa Inggeris dengan ada antara mereka pernah menyambung pelajaran di Amerika Syarikat dalam bidang perubatan.
Bagaimanapun, mereka dilihat begitu berhati-hati apabila bertemu wartawan kerana bimbang ada perisik cuba masuk untuk mengintip mereka dan itu berlaku kepada jurugambar, Supian Ahmad yang dikerumuni puluhan pelarian Islam Rohingya.
Seorang pelarian Islam Rohingya, Nasib Ali Khan, 34, ketika ditemuramah wartawan begitu sangsi dengan kehadiran kami dan bagi memastikan kami bukan perisik, Nasib meminta Supian membaca al-Fatihah bagi membuktikannya seorang Muslim.
Kami turut terpesona melihat keindahan ciptaan Allah apabila salah seorang kanak-kanak Islam Rohingya, Rusyam Jamal, 12, memiliki mata berwarna hijau dan memakai `tanaka’ di mukanya.
Itu antara rentetan pengalaman menarik dilalui kami sepanjang dua hari Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Rakhine, Myanmar.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment