Thursday, October 11, 2012

Lagi kapal bawa aktivis pro-Palestin ke Gaza

Lagi kapal bawa aktivis pro-Palestin ke Gaza - Global - Sinar Harian:

Lagi kapal bawa aktivis pro-Palestin ke Gaza
Seramai 17 aktivis pro-Palestin dari lapan negara ke Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan.
BAITULMAQDIS - Sebuah lagi kapal membawa 17 aktivis pro-Palestin dari lapan  negara, termasuk Israel dilaporkan menuju ke Gaza, iaitu dalam usaha terbaru untuk memecahkan sekatan haram rejim Zionis, menurut  seorang aktivis, kelmarin.

Dror Feiler berkata, kapal The Estelle itu berlayar dari Naples, selatan Itali pada Ahad lalu, dan dijangka sampai Gaza, pertengahan bulan ini.

"Apabila masyarakat dunia memikirkan mengenai  flotilla, mereka pasti teringat dengan insiden serangan ganas tentera Israel ke atas Mavi Marmara pada 2010.

"Walaupun The Estelle membawa tujuan sama, kami mahu askar rejim Zionis melihat misi kemanusiaan pada kali ini pada persepsi berbeza kerana ia bukan satu kempen ganas," katanya. 
 
Menurutnya, The Estelle adalah simbol yang membawa mesej keamanan kerana ia pernah membawa kumpulan aktivis pencinta alam dan digunakan dalam misi perdagangan adil.

Difahamkan, kapal misi Freedom Flotilla tersebut membawa pelbagai bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. 

Misi flotilla sebelum ini gagal dilaksanakan berikutan sekatan tegas daripada pihak berkuasa.

Pada musim panas tahun lalu, beberapa kapal yang berlayar dari Athens dipintas pihak berkuasa Greece selepas mereka menghampiri perairan antarabangsa.

Dalam insiden berasingan November lalu, tentera laut Israel turut memintas dua kapal dari Ireland dan Kanada membawa 27 penumpang yang cuba untuk memecahkan sekatan haram Israel di perairan antarabangsa di luar Gaza. - AP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment