16 Oktober 2012
ISLAMABAD - Menteri Dalam Negeri Pakistan, Rehman Malik menawarkan ganjaran RM3 juta (AS$1 juta) bagi menangkap individu yang bertanggungjawab ke atas insiden menembak pelajar perempuan yang mengecam pendirian Taliban, minggu lalu.
Ganjaran itu diberikan bagi membolehkan jurucakapTaliban Pakistan, Ehsanullah Ehsan, yang sebelum ini mendakwa bertanggungjawab atas serangan terhadap kanak-kanak itu, Malala Yousafzai, ditangkap.
Malala pula tiba di London semalam bagi mendapatkan rawatan susulan, yang pihak berkuasa menggambarkan dia memerlukan rawatan perubatan "berpanjangan."
Dalam temu bual eksklusif kepada CNN, Rehman menuding jari ke arah komander Taliban Pakistan, Maulana Fazlullah.
Rehman berkata, Maulana telah melarikan diri ke Afghanistan ketika tindakan pihak berkuasa di wilayah Swat.
"Empat orang datang dari sana," kata beliau kepada koresponden CNN, Amanpour.
Rehman juga berkata, salah seorang lelaki yang terlibat dalam serangan sudah dikenal pasti manakala "beberapa rakannya telah ditahan."
Malah katanya, tunang salah seorang lelaki terbabit juga telah ditahan.
Malala ditembak Selasa lalu, di mana insiden itu telah mencetuskan kemarahan di Pakistan dan peringkat antarabangsa.

No comments:
Post a Comment