15 Oktober 2012
Protes selama sebulan diperlukan untuk menjatuhkan Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali.
Di Mesir, 18 hari diperlukan rakyat negara itu untuk menggulingkan Hosni Mubarak daripada pemerintahannya.
Di Libya, usaha membebaskan negara daripada cengkaman diktator memakan masa lebih lama. Pejuang terpaksa bertempur selama lapan bulan sebelum akhirnya berjaya menewaskan pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi.
Tetapi Syria, di mana protes bermula pada waktu hampir sama seperti Libya, masih dibelenggu perang saudara yang ganas, dan pertempuran ini tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir.
Satu sebab mudah: Pejuang di Syria tidak mendapat sokongan tentera mereka atau kuasa Barat untuk menjatuhkan rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
Esok, protes untuk kebebasan di Syria yang bermula pada 16 Mac tahun lalu masuk tempoh 19 bulan.
Sepanjang tempoh itu, Bashar acap kali mengulangi dakwaan bahawa rakyat yang digelar pemberontak di negara itu ditaja dunia Barat dalam konspirasi menjatuhkan Syria.
Benarkah dakwaan itu? Bandingkan senario Syria dengan Libya.
Syria vs Libya
Libya diserang tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang diketuai Amerika Syarikat (AS) pada 19 Mac 2011, iaitu kurang sebulan selepas kebangkitan rakyat bermula.
Jadi, di mana Nato selepas 19 bulan tentera Bashar menyembelih rakyat negaranya? Tidakkah perbezaan layanan kuasa Barat terhadap kerajaan Gaddafi dan Bashar ini menimbulkan pertanyaan?
Kes Syria ini nampaknya seperti ada misteri tersendiri. Ramai penulis serta pemerhati dunia Arab turut membincangkan hal ini.
“Selepas lebih setahun, tidak nampak sebarang jalan keluar untuk rakyat Syria. Sebaliknya negara Barat berusaha untuk menamatkan revolusi ini dan membenarkan diktator ini terus berkuasa,” kata penulis Maghribi, Fouad Al-Fatahi dalam tulisannya di akhbar Al-Yawm Al-Maghribiyya pada 6 Mac lalu.
Fouad kemudian mempersoalkan, mengapa selepas begitu lama pembunuhan dan kemusnahan berlaku, revolusi Syria masih tidak berjaya seperti kebangkitan rakyat di negara lain?
“Mengapa masyarakat antarabangsa gagal mengambil tindakan seperti dilakukan mereka di Libya?,” soalnya.
Menurutnya, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah, dua kuasa besar yang mampu campur tangan dan menyelesaikan masalah ini sama ada melalui diplomasi, ketenteraan atau cara lain, sampai sekarang belum mengambil apa-apa tindakan.
“Kenapa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) belum memulakan siasatan terhadap jenayah di Syria? Adakah jenayah dilakukan di Syria tidak zalim jika dibandingkan dengan jenayah yang berlaku di Libya?,” soalnya, merujuk kepada situasi di mana ICC membuka siasatan terhadap Gaddafi dan anaknya atas dakwaan jenayah kemanusiaan semasa krisis di Libya.
Di mana bantuan dijanjikan?
Pejuang Syria sendiri sedar mengenai keengganan AS untuk membantu mereka menentang Bashar.
“Tidakkah AS ada satelit? Mereka tidak nampakkah apa yang sedang berlaku?,” soal Majed al-Muhammad, separa menjerit, semasa ditemubual wartawan akhbar AS, The New York Times.
Majed adalah komander kumpulan pejuang antikerajaan yang pernah bertugas sebagai pegawai kesihatan tentera Syria.
Dia kemudian memberi amaran kepada negara Barat, iaitu amaran sama yang boleh didengari dalam kalangan pejuang Syria.
“Rakyat Syria semakin radikal kerana konflik ini, dan kerana kami merasakan dunia hanya melihat sahaja penderitaan kami tanpa mahu membantu,” katanya.
Bukan sahaja di Syria, Turki juga turut merasai kesan daripada konflik berpanjangan ini. Minggu lalu, kerajaan Turki menembak balas peluru berpandu ke utara Syria, selepas roket dilancarkan tentera Syria terkena sebuah bandar Turki dan membunuh lima orang awam.
“Kita kini berada pada titik penting. Kita bukan sahaja berhadapan dengan (krisis) Syria, tetapi Iran, Iraq, Rusia dan China yang berada di belakang Damsyik. Kita pula tidak ada apa-apa sokongan, hanya janji kosong dari AS,” menurut akhbar Turki, Milliyet.
Di seluruh Syria, terutama kawasan dikuasai pejuang, sentimen serupa semakin menular. Berang dengan sikap negara kuasa besar yang tidak berbuat apa-apa, pejuang Syria berkata Barat akan kehilangan sekutu penting di Timur Tengah jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan Bashar.
“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa membuat kesilapan besar,” kata Ghassan Abdul Wahib, 43, yang kini mengawal kampung Kafr Takharim di utara Syria.
“Dengan membiarkan konflik ini menjadi perang berpanjangan, mereka mengheret Syria kepada perubahan radikal, dan mereka akan menderita akibat perbuatan ini,” katanya.
Sepanjang krisis di Syria, AS kerap menunjukkan kononnya mereka menyokong perjuangan rakyat Syria menentang Bashar dan menyalurkan banyak bantuan kepada pejuang di sana.
“Kami menyumbangkan AS$15 juta (RM46 juta) kepada pejuang Syria, dan AS$30 juta (RM92 juta) dalam bentuk bantuan kemanusiaan,” menurut Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton semasa perjumpaan kumpulan digelar Friends of Syria (Sahabat Syria) di New York, bulan lalu.
Tetapi adakah sumbangan itu benar-benar diberikan, atau hanya kata-kata kosong untuk menunjukkan kononnya AS tidak menyokong Bashar?
“Kami tidak pernah menerima apa-apa bantuan luar,” kata seorang pejuang yang hanya mahu dikenali sebagai Thayar semasa ditemui wartawan asing.
“Kami ada membaca di dalam media bahawa kami menerima itu dan ini. Tetapi hakikatnya, kami tak pernah nampak pun apa bantuan diberikan. Apa kami dapat hanyalah ucapan dari Barat,” katanya.
Jadi apa sebenarnya yang berlaku? Mengapa AS dan PBB tidak mahu membantu pejuang Syria seperti mana mereka membantu Libya?
Syria boleh lindungi Israel?
Bashar asyik mengulangi kononnya Barat ingin menjatuhkan beliau kerana tentangannya terhadap Israel dan kuasa besar. Adakah mungkin itu hanya satu lakonan yang telah dirancang antara beliau dan Barat?
Adakah kerana mereka mahu menjaga keselamatan Israel?
Minggu lalu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, berdiri di Bukit Golan yang terletak di sempadan Syria-Israel dalam lawatannya untuk melihat perkembangan di Syria.
Dari kejauhan, bunyi letupan bom dapat didengari, dan Barak melihat cengkaman Bashar ke atas Syria semakin lemah.
Barak mengakui bimbang jika kerajaan Bashar jatuh, kerana ia akan memberi pelbagai masalah besar kepada Israel.
“Kami khuatir simpanan senjata kimia milik Syria akan jatuh ke tangan pemberontak yang menentang Israel.
“Kawasan sempadan ini juga akan menjadi huru hara di mana pengganas boleh beroperasi dengan mudah,” kata Barak.
Syria bukanlah ancaman besar kepada Israel, dan kerajaan Israel sendiri tahu hakikat itu, seperti digambarkan Barak semasa lawatannya itu.
Selepas tamat Perang Yom Kippur antara Israel dengan Mesir dan Syria pada 1973, tidak ada sebutir peluru pun yang ditembak tentera Syria ke dalam kawasan Israel walaupun rejim Zionis berjaya menakluk Bukit Golan, kawasan milik Syria.
Tentu sekali Israel lebih gusar dengan kerajaan baru di Syria jika Bashar dijatuhkan, kerana nasib Israel akan menjadi samar. Sekurang-kurangnya Tel Aviv tahu kerajaan Bashar tidak akan menyerang Israel secara terus.
Jika dilihat daripada pelbagai bukti yang ada, mungkin keselamatan Israel menjadi punca utama mengapa negara Barat enggan menjatuhkan Bashar.
Mereka khuatir kerajaan baru yang akan naik di Syria tidak mampu dijadikan boneka. Sebagai jiran terdekat Israel, Syria perlu dipimpin oleh kerajaan yang tunduk kepada kemahuan Zionis dan Barat, seperti rejim diktator Bashar.
Itulah sebab yang mungkin menerangkan mengapa selepas hampir dua tahun rakyat Syria bangkit menentang Bashar dan ribuan nyawa melayang, masih tiada campur tangan Barat yang sebelum ini kerap berkata ‘kami akan membantu rakyat Arab mencapai demokrasi.’

No comments:
Post a Comment