PENDANG - Lima sekeluarga maut dalam kemalangan di Jalan Tualang-Pokok Sena kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Ia membabitkan pasangan suami siteri dan tiga anaknya, dari Kampung Kubang Pisang berhampiran Kubur Panjang di sini.
Maklumat awal diperolehi mendapati mangsa yang dikenali sebagai Shafie Hamid, tukang gunting, maut di tempat kejadian bersama isteri dan dua anaknyamanakala seorang lagi anaknya berusia 20-an, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, Jamaluddin Ramli, 31, keluarga itu dalam perjalanan ke HSB dan kejadian berlaku kira-kira tujuh kilometer dari rumah mereka.
Dia berkata, kereta Perodua Viva yang dipandu Shafie bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.
Lori itu dipercayai mengalami masalah teknikal dan memasuki laluan kereta Viva sebelum merempuhnya.

No comments:
Post a Comment