KABUL - Satu serangan pengeboman berani mati di selatan Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya lapan awam terbunuh di selatan, semalam.

Menurut pegawai kerajaan, tujuh daripada mangsa korban insiden itu adalah wanita.

"Kesemua mangsa terbunuh semasa kenderaan yang dinaiki mereka meletup sebaik sahaja terlanggar bom yang diletakkan di pinggir jalan oleh Taliban," kata pegawai.

Walaupun pihak kerajaan tempatan menyalahkan insiden berkenaan ke atas Taliban, sehingga kini tiada mana-mana pihak tampil mengaku bertanggungjawab.

Sehingga kini seramai 1,145 penduduk awam menjadi mangsa korban perang yang didakwa berpunca daripada serangan pengeboman berani mati dilancarkan oleh kumpulan Taliban. -Al-Jazeera