Thursday, November 1, 2012

Lima lagi suspek militan diberkas di Indonesia

MilitanPihak berkuasa turut menemui beberapa butir bom semasa serbuan di sebuah rumah dihuni 11 suspek militan di Palmerah, Jakarta Barat pada Sabtu lalu. Foto: Jakarta Post
SULAWESI TENGAH - Susulan penahanan 11 suspek militan di Jakarta, Sabtu lalu, pihak berkuasa sekali lagi berjaya memberkas lima suspek militan dalam satu serbuan di Poso, Sulawesi Tengah, semalam.

Semua suspek ditahan di sebuah rumah di kampung Kalora yang terletak 50 kilometer di utara Poso. Semasa serbuan, polis turut merampas senjata api, baja, 10 bom paip, serbuk letupan dan telefon bimbit.

Sumber daripada Polis Nasional memberitahu, seorang daripada suspek, Jippo meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital manakala rakannya yang lain dihantar ke Palu untuk mendapatkan rawatan sebelum disoal siasat. Menurut Detik.com, semua suspek itu dipercayai bertanggungjawab terhadap pembunuhan dua anggota polis di hadapan cawangan Bank Pusat Asia di Palu baru-baru ini.

Mereka turut disyaki menjadi dalang insiden pengeboman di sekolah berasrama di Bima, Nusa Tenggara Barat dan kejadian tembakan di Madani Poso Pesisir.- Jakarta Globe

No comments:

Post a Comment