Thursday, November 1, 2012

Rumah meletup

KOTA KINABALU: Sebuah kediaman dipercayai dijadikan tempat simpanan mercun meletup menyebabkan dua beradik parah dalam kejadian di tingkat satu, Pangsapuri Grace Court Sembulan di sini, awal pagi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, seorang daripada mangsa melecur separuh badan dan kini kritikal di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Letupan kuat itu menyebabkan dua kediaman pangsapuri di tingkat bawah dan tingkat dua mengalami kerosakan teruk.

Selain itu, lima kereta milik penduduk mengalami kerosakan selepas serpihan jeriji tingkap dan pagar besi rumah terbabit menghempap kenderaan di parkir berhampiran tempat kejadian.


Mangsa yang berasal dari Sarawak itu dikenali sebagai Mu Kwang Hoe, 45, manakala abangnya Mu Khon Foo, 54, melecur kedua-dua tangan dan kaki.

No comments:

Post a Comment