Perkembangan terbaru ini dijangka membolehkan beribu-ribu tentera wanita melakukan tugas pertempuran di medan perang buat kali pertama.
Pegawai pertahanan Amerika berkata keputusan menamatkan larangan diambil Setiausaha Pertahanan Amerika Leon Panetta yang bakal melepaskan jawatannya dan perkhidmatan individu tentera yang diberi tempoh sehingga 2016 untuk memohon pengecualian jika mereka percaya sebarang peranan tempur perlu kekal ditutup kepada wanita.
Panetta dijangka mengumumkan keputusan itu secara rasmi semalam. Ia berlaku selepas 11 tahun perang tanpa henti yang menyaksikan 84 wanita terbunuh akibat tindakan kejam dalam perang tidak popular dan mahal di Iraq dan Afghanistan.
Wanita mewakili kira-kira dua peratus kematian dalam perang di Iraq dan Afghanistan dan kira-kira 12 peratus atau 300,000 mereka yang dikerahkan dalam perang sejak 11 tahun lalu, di mana mereka sering tiada peranan jelas di barisan hadapan. - REUTERS
INFO: Tentera wanita AS
- 84 wanita terbunuh dalam perang di Iraq dan Afghanistan
- Wanita mewakili kira-kira dua peratus kematian dalam perang di Iraq dan Afghanistan
No comments:
Post a Comment