Friday, January 25, 2013

Pengawal pantai Jepun usir bot Taiwan



Gambar dari udara menunjukkan kapal Pengawal Pantai Jepun (kanan) menyembur air ke arah sebuah bot nelayan (kiri) yang membawa aktivis Taiwan, kira-kira 32 kilometer daripada barat daya salah sebuah pulau yang menjadi pertikaian di Laut China Timur yang dikenali di Jepun sebagai Senkaku. - REUTERS
TOKYO 24 Jan. - Pengawal pantai Jepun bertindak menembak dengan meriam air pada sebuah bot Taiwan yang membawa aktivis ke kepulauan milik Tokyo yang menjadi punca pertikaian wilayah maritim di rantau ini.
"Selepas memasuki zon sempadan negara kami, kapal yang membawa aktivis asing itu terus berlayar menuju ke arah timur.
"Bot peronda kami kemudiannya bertindak menghalang kapal tersebut seperti menyekat laluan mereka dan melepaskan tembakan meriam air," kata pengawal pantai Jepun di dalam satu kenyataan.
Menurut pengawal pantai, ketika konfrontasi itu berlaku, kapal Taiwan itu berada kira-kira 23 kilometer barat-barat daya kepulauan Senkaku atau dikenali sebagai Diaoyu oleh China dan Tiaoyu oleh Taiwan.
Sementara itu, pengawal pantai Taiwan di dalam satu kenyataan turut mengesahkan bot itu telah meninggalkan kawasan kejadian selepas insiden tersebut.
Sebelum ini, mereka mengesahkan kapal itu meninggalkan sempadan Taiwan pada kira-kira pukul 1.30 petang (12.30 tengah hari waktu Malaysia) dan belayar menuju ke barat-barat laut Senkaku," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130125/lu_04/Pengawal-pantai-Jepun-usir-bot-Taiwan#ixzz2IweC7Efc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment