RABAT - Kerajaan Maghribi mengumumkan, akta yang membenarkan perogol mengahwini mangsanya bagi mengelak dikenakan hukuman bakal diubah, kelmarin.
Menurut pegawai, ia dicetuskan insiden membabitkan seorang remaja membunuh diri selepas dipaksa berkahwin dengan lelaki yang memperkosanya, tahun lalu.
Pengumuman dibuat Menteri Keadilan, Mustapha Ramid itu, disokong kumpulan hak asasi wanita.
"Ia adalah langkah pertama pembentukan semula kanun keseksaan, tetapi masih belum cukup menghentikan keganasan terhadap wanita di sini," kata wakil aktivis.
Pada Mac lalu, Amina Al-Filali, 16, meminum racun selepas mahkamah dan ibu bapanya memaksa dia berkahwin dengan lelaki berumur 23 tahun yang merogolnya demi melindungi maruah keluarga.
Insiden itu, mencetuskan bantahan seluruh Maghribi dan menggesa aktanya diubah. - Al-Jazeera

No comments:
Post a Comment