Mokhtar Belmokhtar |
London: Pemerhati Barat mengesyaki serangan dan penculikan pekerja tempatan dan asing di Algeria menunjukkan kumpulan militan Islam bekerjasama dengan pergerakan al-Qaeda.
Mereka menuding kepada militan Algeria, Mokhtar Belmokhtar yang sudah lama dipantau perisikan tempatan dan asing tetapi masih berjaya menggerakkan operasi di In Amenas.
Banyak debat
“Banyak debat berkisar sama ada Belmokhtar penjenayah atau militan sedangkan ada kemungkinan dia memenuhi dua kriteria itu,” kata Stephen Tankel.
Beliau profesor di Universiti American dan ‘scholar’ Yayasan Carnegie selain penulis buku mengenai evolusi jihad sejak 9/11.
Disember lalu, satu rakaman video menyatakan Belmokhtar keluar kumpulan ‘Al Qaeda in the Islamic Maghreb’ (AQIM).
Lafaz taat setia
Belmokhtar kemudian melafaz taat setia kepada pemimpin Taliban Afghanistan, Mullah Muhammad Omar dan ketua al-Qaeda, Ayman al Zawahiri.
“Dia seolah-olah mahu orang menganggapnya bebas bergerak serta dilihat sebagai ketua kumpulan yang ada kaitan dengan al-Qaeda di rantau itu,” kata wartawan al-Hayat, Camille Tawil yang juga pakar mengenai jihad di Afrika Utara.
Seperti dikatakan Belmokhtar dalam video itu, penculik di In Amenas membuat tuntutan supaya ulama buta Mesir, Sheikh Omar Abdel-Rahman dan saintis Pakistan, Aafia Siddiqui dibebaskan. - REUTERS
No comments:
Post a Comment