Kawasan loji yang diserang kumpulan militan Al-Qaeda minggu lalu kini telah memulakan operasi.
WASHINGTON - Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary mendakwa, senjata api digunakan kumpulan militan ketika merampas loji gas dan menjadikan puluhan pekerja loji itu sebagai tebusan, dipercayai diseludup dari Libya
“Pengganas Algeria mempunyai senjata dari Libya kerana kumpulan pemberontak Sayap Afrika Utara Al Qaeda (AQIM) sentiasa berhubung dengan Libya sebagai pembekal senjata,” katanya.
Akhbar Achorouk melaporkan, siasatan awal terhadap tiga pengganas yang ditangkap oleh tentera Algeria mendedahkan, pemberontak Zintan di barat daya Libya adalah dalang di sebalik penjualan senjata api itu.
“Ketua militan Algeria, Mohamed Lamine Bencheneb bertanggungjawab membuat rundingan pembelian sejata api rifal jenis Kalashnikov AS$500 (RM1,500) setiap satu dan roket AS$800 (RM2,433),” menurut laporan itu.
Sementara itu, akhbar Tunisia, El Watan menuduh operasi berkenaan dirancang di Libya dan merekrut warga Mali untuk menyertai kumpulan tersebut.
Pada kejadian itu, kerajaan Algeria mengesahkan, 37 warga asing dari lapan negara berasingan serta rakyat Algeria terbunuh dalam krisis tebusan selama empat hari yang berakhir Sabtu lalu. - AFP

No comments:
Post a Comment