Sunday, February 24, 2013

Abu Sayyaf bebaskan tebusan



24 Februari 2013
MANILA - Seorang lelaki yang diculik kumpulan militan berhaluan Al-Qaeda, Abu Sayyaf dibebaskan berdekatan pelabuhan kepulauan Jolo, Filipina, kelmarin.

Ketua polis wilayah Sulu, Antonio Freyra berkata, mangsa yang juga pemilik kedai runcit, Edgar Fabella diculik di selatan Bandar Zamboanga pada bulan lalu.

Sejurus dibebaskan, Fabella memberitahu kumpulan penculik tidak mengasarinya tetapi menggesanya untuk membayar wang pembebasan.

Sementara itu, seramai enam warga asing yang ditahan melibatkan wartawan Jordan, pemerhati burung warga Switzerland dan Holland, seorang rakyat Malaysia, bekas askar Australia dan pencari harta karun Jepun, masih belum dibebaskan.

Awal bulan ini, seramai dua warga Filipina yang bertugas untuk pengamal media Jordan dibebaskan.  - AP

No comments:

Post a Comment