Sunday, February 24, 2013

Krisis Syria: Pembangkang pulau rundingan antarabangsa



DAMSYIK - Kumpulan pembangkang terkemuka, Gabungan Pembangkang Syria (SNC) menarik diri daripada menyertai mesyuarat Rakan Syria, yang bakal diadakan di Rom, Rusia dan Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Ini kerana, rundingan itu bakal gagal selepas dunia sendiri tidak dapat menghentikan keganasan di negara itu.

Krisis Syria akan genap dua tahun bulan depan.

Jurucakap SNC berkata, mereka bertindak sedemikian kerana pihak antarabangsa hanya mendiamkan diri selepas puluhan orang awam terbunuh dalam satu serangan mortar di Aleppo.

Ketua SNC, Mouaz al-Khatib berkata, beliau mahu menghantar mesej kepada semua kerajaan dunia termasuk dunia Arab dan bukan Arab dan mahu mereka menyedari bagaimana kejamnya rakyat Syria dibunuh sebelum ini.

“Semua pentadbiran dunia boleh melihat dengan jelas apa yang berlaku ketika ini, kita tidak boleh sewenang-wenangnya melawat mana-mana negara sehingga ada keputusan yang jelas mengenai isu keganasan ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment